Cadangan Jawapan

Kategori: Urusan Perkhidmatan

Muka 1 dari 7 mukasurat

Soalan 1: Bolehkah seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman sebelum dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan awam, memohon untuk penetapan gaji permulaan dan peraturan apakah yang diguna pakai?

Jawapan: Boleh. Bagi permohonan pegawai yang mempunyai pengalaman relevan di sektor awam dan swasta, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Soalan 2: Dokumen apakah yang diperlukan untuk memperakukan seseorang pegawai dalam urusan penetapan gaji permulaan bagi Pegawai yang mempunyai Pengalaman Sesuai Di Sektor Awam ?

Jawapan: Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan; Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor awam bersesuaian dengan senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang; Senarai tugas jawatan terdahulu yang diakui sah oleh Ketua Jabatan; Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan; Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini; Surat iringan dari Kementerian/Jabatan; Salinan Kenyataan Perkhidmatan semasa di jawatan kontrak/sementara/tetap di Badan Berkanun yang lengkap dan dikemas kini; Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi satu tahun; Salinan Lesen Memandu (bagi jawatan pemandu); Salinan sijil/diploma/ijazah pegawai berkenaan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan; Salinan surat tawaran pelantikan tetap; dan Surat daripada Ketua Jabatan yang mengesahkan pegawai bertugas sebagai pegawai kontrak/sementara.

Soalan 3: Bolehkah seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dan dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain memohon untuk penetapan gaji permulaan, jika gaji yang diterima dalam skim perkhidmatan yang baru didapati kurang daripada gaji dalam jawatan terdahulu?

Jawapan: Boleh, namun begitu ianya tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi permohonan pegawai yang sedang berkhidmat di sektor awam, penetapan gaji permulaan adalah tertakluk kepada Peraturan 25(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Soalan 4: Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?

Jawapan: Boleh, berdasarkan kepada Perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam.

Soalan 5: Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baru, menjalani semula pemeriksaan kesihatan?

Jawapan: Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu iaitu mengikut perenggan 6(b), 7 dan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam.

| << Mula | < Sebelum | Selepas > | Akhir >>|

1 2 3 4 5 6 7

10 Soalan paling lazim


Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman ini.