Cadangan Jawapan

Kategori: Urusan Peperiksaan

Muka 1 dari 3 mukasurat

Soalan 1: Apakah bentuk sukatan peperiksaan online yang digunakan oleh Bahagian Peperiksaan SPA?

Jawapan: Sukatan peperiksaan merangkumi pengetahuan am, penyelesaian masalah dan ujian psikometrik.

Soalan 2: Bagaimanakah untuk dikecualikan daripada menduduki peperiksaan?

Jawapan: Pengecualian peperiksaan hanya diberikan kepada calon Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Calon-calon Lantikan Terus dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) perlu menduduki peperiksaan.

Soalan 3: Bagaimanakah caranya untuk menduduki sesuatu peperiksaan?

Jawapan: Calon hendaklah mendaftar melalui Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di pautan www.spa.gov.my. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil menduduki peperiksaan yang berkaitan, secara online (dalam talian).

Soalan 4: Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan?

Jawapan: Peperiksaan hanya akan diadakan jika terdapat permohonan pengisian jawatan yang mensyaratkan peperiksaan daripada kementerian/jabatan.

Soalan 5: Bolehkah calon menukar tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan?

Jawapan: Tidak boleh kerana urusan peperiksaan diadakan serentak di seluruh negara. Calon hanya dibenarkan mengambil peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

| << Mula | < Sebelum | Selepas > | Akhir >>|

1 2 3

10 Soalan paling lazim


Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman ini.