Cadangan Jawapan

Kategori: Urusan Pengambilan

Muka 1 dari 9 mukasurat

Soalan 1: Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan?

Jawapan: Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Soalan 2: Bagaimana ingin mendapatkan Identity Number (MyID) bagi mengisi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)?

Jawapan: Pemohon perlu mencipta Identity Number (MyID) dan kata laluan sendiri dengan klik “Daftar Akaun Baru” dan boleh merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap (Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)).

Soalan 3: Bagaimana saya ingin mengemaskini pendaftaran saya?

Jawapan: Setelah calon berjaya mencipta MyID dan kata laluan (selepas proses pendaftaran), pemohon termasuklah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat/PSL boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPA.

Soalan 4: Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya?

Jawapan: Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan 'Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Pemohon yang memiliki ijazah dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM.

Soalan 5: Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?

Jawapan: Mulai tahun 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum ini sebanyak 2 kali setahun. Walau bagaimanapun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menyiarkan iklan sepanjang masa di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh itu, para pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

| << Mula | < Sebelum | Selepas > | Akhir >>|

1 2 3 4 5 6 7 8 9

10 Soalan paling lazim


Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman ini.